Wednesday 29 December 2021

Hari Keempat (01.12.2021 / Rabu) : Sandakan Crocodile Farm

Hari keempat, pagi tu lepas adik ipar masak sarapan, dia nak ke pasar. Bapak mentua anta (husband dia kerja). Saya offer diri nak ikut sekali. Sajelah nak ikut. Sampai sana, tak berapa banyak gerai dibuka sebab hari bekerja. 

Cek in MySJ

Kat sana rupanya, kalau nak membeli macam udang, sotong (ikan saya tak pasti), tak boleh pilih sendiri. Tokey yang pilihkan. Macam biasa kalau dah tokey pilihkan semestinya tak memenuhi kehendak kita. Kalau nak pilih sendiri, kena caj RM2. Patutla masa adik ipar nak mula beli, dia tanya dulu, 'boleh pilih sendiri ka?'
Macam tu pulak rupanya. Mujur kat sini tak pernah lagi jumpa peniaga centuh๐Ÿ˜…

Dengan adik ipar (kanan)




nampak sedap, tapi nda pandai la ku maw masak

Balik rumah, saya masakkan sotong goreng kunyit, tumis sayur, mak mentua masakkan sotong dakwat lagi.. hehe. 

Selesai makan, suami bawa saya dan anak-anak ke Sandakan Crocodile Farm. Sebenarnya tak nak pergi sebab dah pergi tahun lepas tapi anak kedua la bising katanya tahun lepas abang Aqil tak join (dok rumah sebab nak layan youtube nya pasal masa tu). So pegi je lah demi memenuhi permintaan anak-anak. Lagipun memikirkan, sementara mereka masih umur sekolah rendah masih teruja dengan haiwan, baik lah bawak. Nanti dah bujang, lain pula minat mereka kan.




Masa kami sampai tu, baru je selesai slot bagi makan buaya. Sebab tahun lepas dah pernah tengok slot bagi makan buaya ni, takdelah rasa terkilan terlepas slot. Macam biasa, bayar tiket (tak ingat berapa harga tiket). Kat pintu masuk kami disambut oleh jurugambarnya offer ambil gambar sebagai kenangan. Sebab tahun lepas dah penah ambil, kali ni kami tak ambik lah tawaran bergambar tu. 

Masuk dalam, orang tak ramai. Ada satu dua famili dalam tu. sepanjang jalan, buaya je lah di bawah jambatan. Ada je binatang lain macam arnab, burung merak (ekor tak cantik, maybe dah tua), ayam, ikan, sekor ostrich. 

Setiap kandang binatang ni (kecuali buaya) ada disangkutkan peket-peket kecil dedak berharga RM 1 dan seikat daun (utk Ostrich). Kiranya sape nak bagi makan kena masukkan duit dalam tabung diletakkan berhampiran. 

Keseluruhannya, Ladang Buaya ni masih perlu diberi perhatian oleh pengusaha. Banyak kandang tak terbela. Dan ada yang takde penghuni pun. Kolam ikan air kotor hijauu. Papan info pun tak jelas. Kebersihan sederhana. Buaya pun pasif. Kaku beku jerr.. ishh.. rasa nak cucuk-cucuk je. Hey buaya!!! Cubalah bergerak2, berenang2 ke๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ








Selesai di sini, kami ke Labuk bay untuk tengok monyet hidung panjang tu. tahun lepas tak pergi sebab masa kami sampai tu, waktu rehat.

Next entry pulak

2 comments:

  1. Comelnya ikan-ikan di pasar tu :)
    Bukan setakat buaya, ada juga binatang lain di sini ye...

    ReplyDelete
  2. haah.. ada byk binatang dalam tu. cuma ada atau xde je la binatang nyer. Ada yang kandang kosong

    ReplyDelete