Thursday 4 August 2016

Teknik Steam Bath Noxxa


Seperti smua org tau, menggunakan Noxxa anda boleh menghasilkan 2jenis kek iaitu kek Kukus atau Kek bakar.

Kek kukus adalah kek yang dikukus menggunakn kaedah menuang air ke dalam inner dan Kek bakar adalah kaedah tanpa menggunakan air. Trus tuang adunan ke dalam inner dan onkan button steam.

Kt sini saya nk tunjukan cara mengukus kek atau dikenali sebagai Steam Bath. (kalau bakar dikenali sbg DRY Steam)

Kalau nk steam.. kena pastikan anda tau dimana button steam dan tombol dipenutup perlu dilaraskan kpd steam juga.

Letakkan Tungku Besi dlm inner

1. Letakkan tungku besi (bole beli kt pasar malam, 2 hengget je) ke dalam inner. If takut inner calar, bole alaskan dengan towel di dasar inner tersebut



2. Tuangkan air paip ke dalam inner tu tadi sehingga sama paras dengan ketinggian tunku besi. Jangan lebih dari tunku besi.. Kenapa? Sbb nnt hasilnya kek anda akan berenang manja dalam inner tu taw!! hihi

Air paras2 Tunku besi tau

3. Baru la letakkan adunan yang telah dituang kedalam acuan dan acuan tersebut diletakkan diatas tunku besi itu td..
Agak comots tp xpe sbb hasilnya nnt tetap Gojesss..

macam ni la ye masa nk kukus tu. Bungkus dgn plastik utk elakkan air menitis atas kek
saya guna plastik tesco jer. Asalkan bersih dan xbocor.. hehe

 4. Pastu tutup la Noxxa itu td.. Tekan button Steam 20 mnt (resepi asal 30mnt).. Dan laraskan tombol kepada Steam.. (if buat dry steam, noxxa akan berbunyi beep2 sepanjang masa smpai la 20mnt. tp jgn risau dia bunyi sbb itu mmg sifat dia. xde air berbunyi la dia)
See?? I told u!! Kukus dgn Noxxa xde bezanya dgn kukus kat piyuk 3tgkt tu..

5. Selepas 20mnt, hati2 kuarkan dari inner sebab ia masih panas... Dh kuar, bg sejuk jap baru terbalikkan ke atas redai besi dan siap utk dihias!!
Taraa!!! hahhaa.. abes rosak kena hias dek tgn keras nih..

Mudahkan???? InsyaAllah next entry sy share kaedah dry steam plak ya...
Selamat mencuba!!









5 comments:

  1. Tak berair ke tutup pakai plastik?

    ReplyDelete
  2. Jangan biarkan kek sejuk dlm plastik tu. Selepas 5-10mnt, kuarkn dari plastik dan trus terbalik kan atas redai besi tu..

    ReplyDelete
  3. Kalau sy guna cara steam bath tu set masa utk steam 90min dan button sy letakkan pd button steam..:wap akan keluar tak henti2 selama 90min tu kan so air lama2 akan susut dan habis....so perlukah sy tambah air lagi?

    ReplyDelete
  4. Kalau sy guna cara steam bath tu set masa utk steam 90min dan button sy letakkan pd button steam..:wap akan keluar tak henti2 selama 90min tu kan so air lama2 akan susut dan habis....so perlukah sy tambah air lagi?

    ReplyDelete
  5. Haah mmg kena tambah air. Setiap 20-30mnt tu kena bukak, cek, tambah air

    ReplyDelete