Wednesday 29 December 2021

Hari Ketiga (30.11.2021 / Khamis)

Pada hari ketiga, kami berada sudah di Sandakan. Tiada plan ke mana-mana selain berehat dan mencuci kain baju. 

Tengahari tu saya masakkan Sup Tulang untuk famili. Adik ipar (adik kedua suami, ada kelas online masa tu. Dia cikgu di KV Sandakan). Alhamdulillah, menjadi sup tulang saya. lembut dagingnya. Masak guna Noxxa Pressure Cooker lah khennn.. 

Petang tu suami ajak keluar g beli lauk untuk makan malam pulak. Sambil2 tetiba ternampak pulak kedai Susu Desa Dairy Mart. Allahuakhabar!! Pucuk dicita sungguh.. heheh.. Eksaited saya mintak suami pegi kat kedai tu..😂


Rupanya kat Sandakan ada dua cawangan Desa Dairy Mart (DDM) ni. Satu kt dalam pekan, satu lg jalan menghala ke KK kalau xsilap. 

Masuk je mart ni, tengok macam xberapa ceria. Maybe set up dia xsiap lagi. Ada peti Chiller susu, ada deep freezer dalam tu ayam keluar DDM. Susu yang ada susu putih, coklat, kopi dan susu Coklat kambing. Semua versi fresh iaitu kena simpan dalam peti sejuk. Dia xde versi UHT. 

Rasa? Setanding dengan susu Farm Fresh. Tapi DDM ni style dia takde straw. Nak minum, kena koyakkan kotak dia lah. Dah selesai hajat, kami pergi cari menu dinner.

Suami la g beli kat deretan kedai tepi jalan tu. Kali ni musim buah tembikai agaknya. Merata2 ada jualan tembikai. Dihujung deretan tu ada kedai jual makanan. Saya tak ingat lokasi tepat tapi tepi jalan area nak ke Sandakan Crocodile Farm. Suami beli ikan putih bakar dan sotong masak hitam.




Saya sebenarnya ada sedikit perasaan ngeri ngan lauk sotong masak hitam ni sebenarnya😅. Lama dulu masa awal-awal kawen, ada dihidangkan menu ni. Sebabnya saya tahu kuah dia guna dakwat sotong, eiiuwww.. tidak laaaaa aku nak makan😵

Tapi malam tu, sebab tengok suami ngan anak adik ipar sedap je makan, saya pun cuba. Sikit je letak kuah dia. Tapi bila suap, Allahuakhbar!! Sedap! Rasa tumisan serai bawang dia tu. Sesedap rasalah.😋😋. Terus bertambah-tambah nasik. Okay, sekarang saya dah jatuh cinta dengan lauk dakwat sotong nie. hahaa
sedapp weihhhh

Lepas selesai makan, kami pun tidurr😴😴😴
To be continue..







No comments:

Post a Comment