Saturday 25 December 2021

Hari Kedua 29 November 2021 (Isnin)

Hari kedua, pagi tu kami dijamu sarapan Nasi Kuning. Biras beli kat kedai. Nasi Kuning serupa cam nasi lemak kita la. Beza dia kaler kuning. Amaun nasik dia menggunung. Kenyang bha weihh

Nasi Kuning

Selesai sarapan, kami bersiap2 dengan membawa semua bag kami bawa semalam. Kami ke Sandakan untuk ke rumah adik suami yang kedua dan mentua stay disana. Adik suami yang bongsu juga bekerja di Sandakan. Yang di Kunak ni adik suami yang nombor 6.

Kami ke Sandakan menggunakan kereta milik adik bongsu suami. Toyota Rush. Adik bongsu bagi pinjam sebab dia bertugas sebagai warden sekolah jadi nda keperluan menggunakan kereta. Saya pun tak pasti macam mana diorang uruskan hantar kereta dari Sandakan ke Kunak untuk kegunaan kami. Apapun semoga jasa baik kalian memudahkan urusan kami akan dibalas selayaknya oleh Allah swt.

Sebaik meninggalkan umah, kami singgah dulu di Mini Market berhampiran. Beli stok makanan dan air. Yerlah, perjalan jauh konfirm lapar.
suami membayar


Perjalanan ke Sandakan bermula. Sebelum smpai Sandakan, kami singgah dulu di Lahad Datu. Memula ingatkan suami nak bawak pegi Lembah Danum. Rupanya ke Menara Kayangan. 😅
Disini ada gunung yang dinamakan Gunung Silam. Sangat jauh perjalanan naik ke atas walaupun menaiki kereta.


Ada tiket masuk sini, maaf saya lupa. Bermula dari pagar masuk, memang kami tak jumpa pelawat lain selain petugas di kaunter. Suami memandu naik atas. MasyaAllah sangatttt jauh dan tegak perjalanannya. Bayangkan kalau hiking bermula dari bawahhh.. fuhhhh pengsannn!!😬 Pendakian menaiki kereta berterusan lagi sampai kami terfikir adakah kami akan naik setinggi tempat menara pencawang kt atas tu?

Hishh.. tak kan lahh. Takpe, teruskan perjalanan. Sebaik sahaja sampai atas, masyaAllah. Memang sama tinggi dah kami dengan menara pencawang. Parkir kosong. Tiada sorang pun diatas. Kafe yang ekslusif pun tutup. Toilet ada tapi takde air. Mujurlah ada air mineral ada buat cuci anak-anak kencing.

Sampai je atas, ada papan ni. I Love Mt Silam. Kalau jalan lagi 1.2km, sampai la kau ke Puncak Gunung Silam ni


Kat atas tu, kami kena naik menara dia tau. Menara tu nama dia Menara Kayangan. 
Pintu Masuk ke Menara Kayangan



Seingat saya ada 13 tangga naik ke atas tu. Sejukkkkkk berangin. Afiy dan Adib (Nombor 2 dan 3) teruja berlari-lari naik tangga menara. Tapi Abg Aqil?? Teragak-agak. Dia takut ketinggian. Masa nak naik tu puas la pujuk. Last2 dia naik tapi peluk erat daddy dia.


Dipuncak menara Kayangan. 






Sampai puncak menara, Abg Aqil terus duduk membelakangkan pemandangan. Masa ni dia dah start nak menangis. Gayat katanya. Rasa nak jatuh kalau dia berdiri.

Bak kata orang, "Tak Kayangan laaa kalau tak naik lagi Menara Kayangannn. Gittewww"😂😂

Tak banyak yang nak diceritakan kat sini. Sekadar tengok view laut je lah. Dan masa ni memang rezeki kami, takde orang. So kami bebas juga lah bergambar. Tetap ada rasa bimbang sebab kitakan jauhhhhhh kat puncak. Kalau jadi apa-apa tak baik, sesaje kan..hihi.. Tapi alhamdulillah. Segalanya baik-baik sahaja.

Kami turun dan menyambung perjalanan ke kuarters Hospital Lahad Datu untuk ziarah adik suami yang nombor 4 sebelum ke Sandakan. Ada juga saya cuba 'pujuk' suami ke Lembah Danum, tapi gagal juga sebab suami kata nak masuk sana kena ada kebenaran pihak berwajib selain jauhhhhhh ke dalam.😓😓

Abes kisah ari kedua. Nanti saya sambung kisah hari ketiga. Stay tune!



2 comments:

  1. Wah, dah dapat cop orang kayangan la Cik Garang :)
    Salam ziarah.

    ReplyDelete
  2. hihi.. Kayangan xbrapa nk kayangan ;-D

    ReplyDelete