Wednesday 25 May 2016

SERAT

Serat adalah yang paling dikenali sebagai membantu masalah penghadaman. walau bagaimanapun, diet yang kaya dengan serat mempunyai banyak manfaat kesihatan melebihi mencegah sembelit. Banyak buah-buahan, sayur- sayuran, bijirin penuh dan kekacang terdiri drpd serat yang diperlukan tubuh untuk kekal sihat. 

Terdapat beberapa manfaat kesihatan dari diet yang kaya dengan serat. Serat boleh membantu pesakit diabetes mengawal tahap darah-gula. Serat juga boleh menurunkan tahap darah kolestrol dan ia adalah hebat untuk mengurangkan risiko penyakit jantung. Menambah serat untuk diet anda juga boleh membantu mengawal berat badan.

Keperluan pengambilan serat adalah berbeza-beza mengikut jantina. Wanita memerlukan 25g serat setiap hari. manakala lelaki memerlukan 38g serat setiap hari. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan ramai orang hanya mempunyai hanya kira-kira 10g serat setiap hari atau kurang satu pertiga daripada apa yang diperlukan. huhu..  Hanya 5% dalam kalangan mereka yang makan serat mengikut jumlah yang diperlukan.

Terdapat 2 jenis serat yang perlu kita ketahui :

 1. Serat Larut
apabila anda dapat merasakan seperti dibahagian perutmu terasa penuh, ia sebenarnya berpunca daripada sejenis serat yang dipanggil serat larut. Disamping itu ia juga dapat membantu sistem tubuh anda untuk mengawal kadar gula dalam darah bagi yang menghidap penyakit diabetes atau kolestrol yang tinggi.

Antara sumber serat larut adalah seperti Kacang Buncis, Epal, Pir, Barli, Oat dan Prun

 2. Serat Tak Larut
ia sangat bermanfaat sekali untuk mencegah diri dari sembelit dan sukar membuang air besar. Perlu diingatkan sekiranya anda mengambil makanan yang berserat seperti ini, maka anda haruslah mengambil kuantiti minuman yang banyak dalam sehari supaya sistem pencernaan akan lancar.
Antara sumber serat tak larut ialah Kulit Buah, Gandum dan sebagainya.

Antara contoh makanan yang tinggi kandungan seratnya :
1 Cawan Barli : 6g serat
1 Cawan Blackberries : 10g serat
1 Cawan Brokoli : 5.1g serat
1 Cawan Hidangan Oat : 4g serat
1 Biji Pear : 5.5g serat
1 Cawan Strawberry : 3.8g serat

Jadi kat atas tu hanya sebahagian daripada makanan yang mengandungi serat. Tapi saya ada satu saranan makanan tambahan yang juga mengandungi kedua-dua jenis serat larut dan serat tak larut daripada 13 jenis sumber dan mengandungi Fructooligosaccharides (FOS) yang diperolehi daripada tebu dan bit gula.

Kenalkan!!!!

Nutrilite Nutri Fiber Blend dari Amway!!!

Setiap satu botol mengandungi 60 biji tablet yang boleh dikunyah. Saiz dia sebesar syiling 20sen (yg lama). Bau dan rasanya seperti limau!! Sedap dibuat kunyah2 sambil buat keje.. hehe

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mahupun tempahan produk boleh hubungi saya di :

♥ Emyrul










No comments:

Post a Comment