Thursday 27 November 2014

Tawassul

Apabila kita ditimpa sesuatu musibah atau ujian daripada Allah, kita sering memperkuatkn doa kita dgn melakukan NAZAR agar mendapat ihsan drpd Allah utk memperkenankn doa kita.
Sbg contoh, dalam nazar biasanya kita sebut, "Ya Allah, sekiranya Engkau memperkenankan doaku, aku BERNAZAR akan puasa selama 3 hari"
Analoginya, kita menerima satu ujian dan berdoa agar Allah memberikan jalan keluarnya bagi setiap masalah yg kita hadapi. Sewaktu kita berdoa, kita seolah2 meletakkan syarat kpd Allah, sekiranya doa kita dikabulkn, maka kita akan melakukan satu kebaikan.
Hal ini sbnrnya tidak menjadi kesalahan, malah kita sendiri disunatkan utk bernazar, namun ada satu amalan yang LEBIH CANTIK dlm usaha meraih bantuan yg lebih cepat drpd Allah. Amalan ini dikenali sbg berTAWASSUL.
Tawassul ini adalah satu cara berdoa kpd Allah, tetapi cantiknya amalan tawassul ini ialah kita memerlukan 'modal' utk dipersembahkan kpd Allah beserta doa kita.
Sesungguhnya, inilah yg dilakukan oleh penulis buku ini (Genius Dari Syurga - Pn Ainizal Abdul Latif) dlm usaha membantu memulihkn anak beliau, Rizqy.
Menurut beliau pd mulanya tiada perubahan yg berlaku atas segala usaha yg dilakukan, maka beliau telah bertindak dgn melakukan sebanyak2 kebaikan. Kebaikan2 itulah beliau jadikan 'modal' ketika berdoa dan bertawassul bg mendapatkn bantuan Allah utk memulihkan dan menunjukkan perubahan ke atas anak beliau. Sungguh benar, perubahan yg ditunjukkan ternyata lebih cepat dr yg dijangkakan.
Lakukan sebanyak2 kebaikan dgn ikhlas dan mengharap keredhaan Allah semata. Selepas itu, lakukan tawassul bg meraih bantuan drpd-Nya..
Sekian.. moga memberi manfaat kpd semua
Rujukan :
Genius Dari Syurga
M/s 37 -41
Terbitan Karangkraf

2 comments:

  1. Nice blog...salam ziarah... Baru kenal siapa empunya blog ni...

    Drpd http://mazitakaunselor.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Trima kasih puan.. br blaja berblog.. hehe
    follow sy ye puan 😊

    ReplyDelete