Pada hari kelima, kami meneruskan perjalan ke Kota Kinabalu untuk menziarahi adik suami yang kelima, Ustaz Sudir. Sepanjang perjalanan ke KK, tidak la kami singgah ke Tagal Luanti, dan Ladang Teh sebabnya dah pergi tahun lepasnya (Tahun 2020). Mesti tidak banyak yang berbeza berbanding tahun lepas. Nak pulak kerap kali PKP.
Tetiba nampak signboard Air Panas Poring. Saya bagitahu suami, jomlah singgah kejap. Last pergi sana pun pada Disember 2010. Tu pun tak masuk dalam. Suami setuju. Tapi anak-anak bantah. Diorang kata, xyah la singgah, air panas je pun. Haihh.. sesedap mulut jer kan. Saya jawab, pergi dulu, dah pergi baru komen dan komplin apa yang tak puas hati.
Pertama yang dijumpai |
Memula cam biasa lah, g tandas dulu. Tandas dia cantik, bersih dan wangi. Kat sini ramai la juga pelawat. Cuaca masa tu antara ujan tak ujan lah. Tapi alang-alang dah sampai sini, redah je lah. Anak-anak nampak swimming pool, haaaa.. berseri muka masing-masing!๐. Tapi masa tu kolam macam penuh je, kami pergi dulu ke Kolam Mandi Terbuka. Kolam ni, setiap satu kolam dia ada 4bahagian. Setiap bahagian ada dua batang paip. Air Panas dan Sejuk. Sesuai la kalau nak mandi sensorang tak nak syer ngan orang lain.
Kolam Terbuka |
Usha2 dulu, best ke x best. Kena tadah air baru leh berendam |
Pastu.. Apalagikkk ๐ |
Kat situ dia ada pasang papan tanda peringatan tidak boleh guna sabun atau syampu. Tapi cam biasa la ada pelawat yang buta huruf, berbuih2 kepalanya dengan syampu. ๐ก. Anak-anak seronok la mandi kat sini. Lepas tu diorang perasan swimming pool dah takde orang, bergegas diorang naik dan terjun kolam. Memang tak ingat dunia masing-masing. Haaa.. tadi kata boring sangat kannn.. Sekarang dah dapat mandi kolam, lupa duniaaa๐๐.
Seronokk diorg. Air pun sejukk |
Daddy pun join sekali๐. Mummy? Mummy xsuka basah2 luar toilet๐ |
Kedalaman kolam pun tak la dalam mana. Sewa jak la pelampung. Pengawal keselamatan memang sentiasa ada memantau dari tepi kolam. Bagus lah macam sebab rasa terjamin sikit mandi manda kat dalam kolam tu.
Bab kebersihan, so far memuaskan. Kalau diberi persepuluh, saya bagi lapan.
Ok, tabung emosi kami penuh kembali. Lupa dah pasal kenangan pahit di Labuk Bay semalamnya tu. hehe.
Kita sambung lagi next entry