Hari kedua, pagi tu kami dijamu sarapan Nasi Kuning. Biras beli kat kedai. Nasi Kuning serupa cam nasi lemak kita la. Beza dia kaler kuning. Amaun nasik dia menggunung. Kenyang bha weihh
Nasi Kuning |
Selesai sarapan, kami bersiap2 dengan membawa semua bag kami bawa semalam. Kami ke Sandakan untuk ke rumah adik suami yang kedua dan mentua stay disana. Adik suami yang bongsu juga bekerja di Sandakan. Yang di Kunak ni adik suami yang nombor 6.
Kami ke Sandakan menggunakan kereta milik adik bongsu suami. Toyota Rush. Adik bongsu bagi pinjam sebab dia bertugas sebagai warden sekolah jadi nda keperluan menggunakan kereta. Saya pun tak pasti macam mana diorang uruskan hantar kereta dari Sandakan ke Kunak untuk kegunaan kami. Apapun semoga jasa baik kalian memudahkan urusan kami akan dibalas selayaknya oleh Allah swt.
Sebaik meninggalkan umah, kami singgah dulu di Mini Market berhampiran. Beli stok makanan dan air. Yerlah, perjalan jauh konfirm lapar.
suami membayar |
Perjalanan ke Sandakan bermula. Sebelum smpai Sandakan, kami singgah dulu di Lahad Datu. Memula ingatkan suami nak bawak pegi Lembah Danum. Rupanya ke Menara Kayangan. 😅
Disini ada gunung yang dinamakan Gunung Silam. Sangat jauh perjalanan naik ke atas walaupun menaiki kereta.
Ada tiket masuk sini, maaf saya lupa. Bermula dari pagar masuk, memang kami tak jumpa pelawat lain selain petugas di kaunter. Suami memandu naik atas. MasyaAllah sangatttt jauh dan tegak perjalanannya. Bayangkan kalau hiking bermula dari bawahhh.. fuhhhh pengsannn!!😬 Pendakian menaiki kereta berterusan lagi sampai kami terfikir adakah kami akan naik setinggi tempat menara pencawang kt atas tu?
Hishh.. tak kan lahh. Takpe, teruskan perjalanan. Sebaik sahaja sampai atas, masyaAllah. Memang sama tinggi dah kami dengan menara pencawang. Parkir kosong. Tiada sorang pun diatas. Kafe yang ekslusif pun tutup. Toilet ada tapi takde air. Mujurlah ada air mineral ada buat cuci anak-anak kencing.
Sampai je atas, ada papan ni. I Love Mt Silam. Kalau jalan lagi 1.2km, sampai la kau ke Puncak Gunung Silam ni |
Kat atas tu, kami kena naik menara dia tau. Menara tu nama dia Menara Kayangan.
Pintu Masuk ke Menara Kayangan |
Seingat saya ada 13 tangga naik ke atas tu. Sejukkkkkk berangin. Afiy dan Adib (Nombor 2 dan 3) teruja berlari-lari naik tangga menara. Tapi Abg Aqil?? Teragak-agak. Dia takut ketinggian. Masa nak naik tu puas la pujuk. Last2 dia naik tapi peluk erat daddy dia.
Dipuncak menara Kayangan. |
Wah, dah dapat cop orang kayangan la Cik Garang :)
ReplyDeleteSalam ziarah.
hihi.. Kayangan xbrapa nk kayangan ;-D
ReplyDelete