Sunday 2 January 2022

Hari Kelima (02.12.2021 / Khamis) : Perjalanan ke Kota Kinabalu - Air Panas Poring

Pada hari kelima, kami meneruskan perjalan ke Kota Kinabalu untuk menziarahi adik suami yang kelima, Ustaz Sudir. Sepanjang perjalanan ke KK, tidak la kami singgah ke Tagal Luanti, dan Ladang Teh sebabnya dah pergi tahun lepasnya (Tahun 2020). Mesti tidak banyak yang berbeza berbanding tahun lepas. Nak pulak kerap kali PKP. 

Tetiba nampak signboard Air Panas Poring. Saya bagitahu suami, jomlah singgah kejap. Last pergi sana pun pada Disember 2010. Tu pun tak masuk dalam. Suami setuju. Tapi anak-anak bantah. Diorang kata, xyah la singgah, air panas je pun. Haihh.. sesedap mulut jer kan. Saya jawab, pergi dulu, dah pergi baru komen dan komplin apa yang tak puas hati. 


Pertama yang dijumpai


Memula cam biasa lah, g tandas dulu. Tandas dia cantik, bersih dan wangi. Kat sini ramai la juga pelawat. Cuaca masa tu antara ujan tak ujan lah. Tapi alang-alang dah sampai sini, redah je lah. Anak-anak nampak swimming pool, haaaa.. berseri muka masing-masing!๐Ÿ˜‚. Tapi masa tu kolam macam penuh je, kami pergi dulu ke Kolam Mandi Terbuka. Kolam ni, setiap satu kolam dia ada 4bahagian. Setiap bahagian ada dua batang paip. Air Panas dan Sejuk. Sesuai la kalau nak mandi sensorang tak nak syer ngan orang lain. 

Kolam Terbuka

Usha2 dulu, best ke x best. Kena tadah air baru leh berendam

Pastu.. Apalagikkk ๐Ÿ˜‚

Kat situ dia ada pasang papan tanda peringatan tidak boleh guna sabun atau syampu. Tapi cam biasa la ada pelawat yang buta huruf, berbuih2 kepalanya dengan syampu. ๐Ÿ˜ก. Anak-anak seronok la mandi kat sini. Lepas tu diorang perasan swimming pool dah takde orang, bergegas diorang naik dan terjun kolam. Memang tak ingat dunia masing-masing. Haaa.. tadi kata boring sangat kannn.. Sekarang dah dapat mandi kolam, lupa duniaaa๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚.

Seronokk diorg. Air pun sejukk

Daddy pun join sekali๐Ÿ˜‚. Mummy? Mummy xsuka basah2 luar toilet๐Ÿ˜

Kedalaman kolam pun tak la dalam mana. Sewa jak la pelampung. Pengawal keselamatan memang sentiasa ada memantau dari tepi kolam. Bagus lah macam sebab rasa terjamin sikit mandi manda kat dalam kolam tu.

Bab kebersihan, so far memuaskan. Kalau diberi persepuluh, saya bagi lapan. 

Ok, tabung emosi kami penuh kembali. Lupa dah pasal kenangan pahit di Labuk Bay semalamnya tu. hehe.

Kita sambung lagi next entry

Hari Keempat (01.12.2021 / Rabu) : Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary

 Selesai 'menziarahi' buaya dan sahabat-sahabatnya, kami meneruskan perjalan ke Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary. Ni tempat kalau nak tengok monyet hidung panjang tu lah. Sebelum bergerak ke sana, saya called dulu sebab takut kot la dah tutup ke tempat tu. Lagipun lokasi dia memang jauhhhhh ke dalam. Masuk ladang sawit. Ok dah called, kami dimaklumkan dalam tu ada dua tempat. Stesyen A dan Stesyen B.

Katanya Stesyen A buka jam 2.30 petang dan Stesyen B buka jam 4.30 petang. Kami terus ke sana lah sebab jam pun dah satu lebih. Sampai sana, setelah meredah ladang sawit, kami kena bayar tiket masuk. Tiket dewasa RM 15.00 seorang dan kanak-kanak RM 5.00 seorang. Jadi jumlah besar RM 45.00. Amaun yang besarr. Tapi kami fikir baik je. Maybe dalam tu hebat. 

Tiket

Kami teruskan perjalanan masuk ke dalam lagi untuk ke Stesyen A. Meredah la ladang sawit. Kami sampai di Stesyen A. Menakutkan. Teda orang. Yang ada tangki air kayu yang hampir reput, tandas yang takde air. Di pagar masuk Stesyen A ni ada satu pagar kecik yang ada titi kayu kena masuk ke dalam. Kami macam blur. Iskk.. takkan macam ni kot tempatnya. Dengan takde orang, hutannn je.๐Ÿ˜ฐ

Suami call semula kaunter tiket, nak tengok monyet tu kena jalan sendiri ke ikut titi tu? Takde orang sambut? Kaunter jawab, ya jalan jak kat titi tu sampai dalam ada orang di sana. Memandangkan dah jam 2.30 petang, kami jalan lima beranak masuk dalam. Jalan kaki. Dah la titi kayu, lepas tu kiri kanan paya. 

Masa nak masuk ke Stesyen A ni tadi kami ada nampak signboard katanya ada buaya..aduhhhh.. ๐Ÿ˜–๐Ÿ˜–. Jalan dalam 10minit, kami sampai ke pondok dia. Nampak la monyet sedang makan kat sekeliling. Ada sebiji motor dan ada seorang lelaki petugas sedang berehat. Dia kata baru je selesai bagi makan kt monyet-monyet ni. Alahaiiii.. Kami terlepas la momen bagi makan tu.๐Ÿ˜ข Ingatkan jam 2.30 petang adalah baru buka pintu masuk untuk pelawat, rupanya 2.30 petang tu masa makan.

Jadi kami melihat sahajalah monyet-monyet tu. Tak ada bezanya kalau korang pergi tengok orang utan kt Sepilok. Sama je suasana. Yang tak sama, Sepilok tu macam tersusun skit, nampak la kawasan pelancongan tapi yang Stesyen A ni?? Alahaiii serupa kau masuk ladang sawit orang yang ada monyet hidung panjang. Tu jerr

Tengah makan

Pandang kamera satt๐Ÿ˜

Kami tak puas hati, takkan bayar RM45  untuk ni saje? Suami ajak keluar pegi ke Stesyen B pulak. Stesyen B dalam kawasan yang sama tapi kena naik kereta. Dalam 10 minit meredah naik lagi ladang sawit, kami nampak la Stesyen B. Ada tugu I Love Labuk Bay.๐Ÿ˜


Alhamdulillah... akhirnyaa. Baru la proper kat Stesyen B ni. Dengan adanya I Love Labuk Bay, bangunan pun cantk dan ada staf. 

Pintu Masuk Stesyen B

Kat stesyen B ni dia ada monyet hitam selain monyet hidung panjang tu. Kami naik ke bangunan tu, ada staf perempuan sorang kat meja kaunter tu. Ni saya memang marah, mentang-mentang kami yang datang ni bukan kumpulan pelancong atau VIP, dia buat tak tahu. At least, kau duduk situ, kau bangun dan ucap selamat datang pun kami dah berbesar hati. Bukan kami nak kau entertain kami pun. Failed!๐Ÿ˜ก

Lupa lak, dari Stesyen A ke Stesyen B ni memang kami lima beranak je. Takde pelawat lain.

Jadi kami bersiar-siar je lah dalam bangunan. Monyet2 berkeliaran dalam bangunan ni. Bangunan dia konsep open air. Dalam anak-anak saya teruja nak dekat dengan monyet hitam ni, tetiba muncul staf lelaki. Muka masam. Tak welcoming langsung. Tak mesra. Pun sama, kalau kau takde suara pun, tak salah kalau kau senyum. Senyuman pun kau tak boleh nak bagi. Failed!๐Ÿ˜ก

Saya dan monyet hitam

Abg Aqil dan Adib bersama monyet hitam. Staf laki tu marah kami sentuh monyet ni,
berkuman katanya

Cover perasaan yang bengang.. huhh!

Aku bayar mahal kot semata-mata nak support biz pelancongan korang. Tapi camni pulak perangai kau. Kejap je la kami dalam tu, lepas tu kami bergambar kat luar dan balik, tak tunggu lah jam 4.30 petang untuk tengok diorang makan. Terkilan kami dengan staf sana. Mentang-mentang la kan kami bukan rombongan VIP, kau buat sombong jer kan. Macam la kami masuk percuma.

Maka balik la kami ke rumah dengan hati yang bengang๐Ÿ˜’