Saturday 25 December 2021

Hari Pertama (Perjalanan ke Tawau) 28 November 2021 (Ahad)

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk entry kali ni saya akan buat catatan perjalanan percutian saya ke Sabah a.k.a menziarahi mentua dan adik-adik ipar (serta biras). Sebenarnya dari tahun lepas lagi memang ada cita-cita nak buat entry percutian saya ke Sabah sebab setiap kali balik sana memang akan spent masa 14hari (termasuk hari bekerja). Tapi sebab asyik tangguh nak taip, akhirnya mood tu ilangggg😔

Yerlakan balik pun setahun sekali menggunakan waran Kerajaan bagi. Suami saya orang Sabah yang berkhidmat di Semenanjung. Jadi, ada kelayakan untuk mendapat tiket mengunjungi wilayah asal setahun sekali.

Untuk tahun ini (2021) kami balik hujung tahun. Asalnya balik raya tapi PKP kan, tunda sehinggalah hujung tahun dan alhamdulillah tarikh dipilih ketika PM mengisytiharkan PKP Fasa 4 seluruh Malaysia. Kami fix pada tarikh yang dipilih iaitu 28 November 2021 (Ahad) sehingga 11 Disember 2021 (Sabtu).

Flight kami pada ahad tu adalah sekitar jam 1.30 petang macam tu lah. So pagi tu sempat saya untuk uruskan kucing dan bunga-bunga saya. Saya tidak menghantar kucing-kucing saya ke hostel sebab saya tahu kejiranan saya baik dan tak menzalimi haiwan. Manakala bunga-bunga pula saya tawakal je letak dalam carpourch dan letak botol air. Dengan harapan hujan turun setiap hari. Kan ujung tahun musim hujan. Jadi takde lah saya nak mintak tolong jiran siramkan. Lagipun malu dan tak pandai nak susahkan orang. Jadi konsepnya, tawakal. hehe..😁😁



Ni stok makanan dan air kucing

Kiri : Jemy, Kanan Jenny. Ada sekor lagi Jery tapi masa ni ntah g mana dia





Ni antara bunga raya. Segarrr dan suburr



                                                                                 

Setel uruskan anak-anak bulus dan bunga, kami pun bersiap sebab grab yang husband tempah akan sampai seawal jam 930pagi. Bergegaslah kami bersiap, keluarkan beg semua dan dengan yakinnya saya tahu bahawa anak-anak bulus saya semua dah ada diluar rumah. huhu..

Ohh. Kami naik Exora sebab kami berlima, dan ada 3luggage selain 5 beg sandang. 

Flight kami adalah MAS. 


                                            Sementara menanti dipanggil

Ada style betul Adib nih  nk masuk flight sambil tarik luggage (anak bongsu)😂


Seperti biasa kalau naik flight, Aqil (sulung) dan Adib (bongsu) akan duduk dengan saya


Manakala Afiy (nombor dua) akan duduk dengan daddy dia

Perjalanan dari KLIA ke Lapangan Terbang Tawau adalah sekitar 2 jam 45 minit. Dan ketika kami sampai di Tawau, cuaca baru lepas hujan.
Sebaik sahaja sampai di airport Tawau, macam biasa kena tunjukkan my Sejahtera dan result Ujian Saliva Covid kami.



Ohh ye berkenaan masuk ke Sabah pada tarikh 28 November 2021 tu, ujian Saliva masih diperlukan. Kami buat ujian Saliva di KLIA sehari sebelum penerbangan pada 27 November 2021 (Sabtu). Kami bawa sendiri test kit dan hanya perlu bayar RM 5 seorang sahaja. Kalau tak bawa test kit sendiri, kena bayar RM25 seorang kalau tak silap.

Kerajaan negeri Sabah membenarkan masuk Sabah tanpa ujian Saliva bermula pada 1 Disember 2021 dan masa tu kami memang dah ada di Sabah. Tapi tak jadi masalah pun. Tak susah pun buat ujian air liur tu. Kejappp sangat prosesnya.


Kembali kepada cerita asal. Sampai di Airport Tawau, kami disambut oleh biras (lelaki) saya. Sepanjang kami balik Sabah (sejak tahun 2009 ketika tu kami baru tunang dan nak kenal famili suami, kami tak pernah guna pengangkutan awam, jadi saya tak tahu macam mana nak sewa kereta kat sini😅😅)

Kami sambung perjalanan dari Tawau ke Kunak (rumah mentua). Perjalanan mengambil masa sekitar satu jam 30 minit. Tapi saya ok jer sebab jalan raya pun ok. Sebaik sampai di Kunak, hanya yang ada adik ipar (perempuan) dan anak-anaknya. Mentua??

Mentua ku berada di Sandakan..

Maka, esok bermulalah episod berjalan-jalan kami sambil menziarahi mentua dan adik-adik suami. Ohh ye untuk makluman, suami saya anak sulung dari lapan beradik. Semua dok Sabah. Suami saya je "tercampak" ke Semenanjung semenjak dia abes SPM dan mendapat tawaran stadi di UPM Serdang dan bekerja di jabatan kerajaan di Semenanjung sehingga sekarang.

Ok. next entry saya ceritakan perjalanan kami dari Kunak ke Sandakan dan sambil tu kami singgah ke Lahad Datu..

Jumpa lagiiii



No comments:

Post a Comment