Saturday, 2 May 2020

Susu saya rosakkk?!!

Sedar tak sedar dah tiga tahun saya bergelar Agen FarmFresh.  Tidak la setiap masa saya aktif berniaga disebabkan saya sendiri mempunyai pekerjaan tetap. Ia hanyalah kerja sampingan sahaja sebab saya suka berniaga. Melalui side bis ni lah saya dapat kenal jiran-jiran lorong lain,  dapat kenalan baru di bahagian / jabatan / kementerian lain malah menhubungkan semula saya dengan kawan lama.

Sepanjang tiga tahun ni,  ada masanya saya juga menghadapi masalah dimana pembeli komplein susu basi.  Kenapa susu basi ni subjektif tau.  Saya sendiri xde hujahnya.  Ada masanya susu tu memang rosak dari mula saya dapat dari stokis / HD.  Dan ada masanya susu itu rosak setelah smpai pada tangan pembeli.  Saya bukanlah jenis menyalahkan siapa salah. Kalau ada pembeli komplein susu rosak,  sy terus ambil tanggungjawtanggungjawab menggantikan yang baru.  

Jadi saya rasa penulisan kali ni saya nak bagi sedikit pencerahan kenapa susu boleh rosak dan anda yang membaca boleh jadikan garis panduan untuk mengelakkan susu anda rosak / basi ketika dibawah kendalian anda. 

1. Kecuaian meninggalkan susu FF (terutama yang versi Fresh) dalam kereta.  Contoh dapat susu time ofis hour,  terus simpan dalam kereta takut lupa bawak balik.  Kereta xde kotak ais,  balik rumah ptg / maghrib baru nk simpan dalam peti ais..  Jawapannya...  Sodaqollah😁

2. Susu terdedah kepada suhu / haba panas.  

3. Susu tertinggal dalam kereta. Contoh dah balik keje,  parkir kete elok2 dalam car poarch teduh tertutup,  lupa nk bawak susu keluar.  Pagi esok baru amik.... Takziah😆

4. Susu dah buka,  simpan kat pintu peti ais. 

5. Susu dah buka,  tak ditutup rapat (terdedah kepada pencemaran dalam peti ais) 

Jadi tu antara penyebabnye lah, kecuaian sendiri.  Saya sebagai agen kadang2 ada juga jd mcm tu. Salah sendiri.  Hehe

Sekali lagi saya nk tegaskan,  penulisan ini bukan nak menyalahkan pembeli sebaliknya saya nak bagi panduan penjagaan susu fresh yang anda beli dengan situasi yang biasa berlaku 

Sekian entry pertama saya dibulan Ramadhan ini.  Kalau nak beli Susu Farm Fresh,  boleh tinggalkan komen ye. 
Nak buat nota tambahan juga dialu-alukan.. 😊

Emy
#BisnesComelSaya 
#OmakSusu 
#AgenFarmFreshPajam

No comments:

Post a Comment