Thursday 28 May 2020

Susu FarmFresh Berketul, Pekat Tapi Tak Rosak Punnn..

Hai...
Assalamualaikum semua!!! Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin semua followers!! Raya yang serba lain kali nih. Pertama kali raya tak boleh ziarah menziarahi. Pertama kali solat raya diimami oleh suami sendiri. Pertama kali juadah raya disediakan sendiri (selalunya featuring adikberadik.. hehe).

Tapi bukan tu la saya nak coretkan kali ini. Bukan. Saya nak kongsi lagi pengalaman menguruskan pembeli yang bagitahu susu yang dibeli dengan saya pekat dan berketul. Pertama kali untuk tahun 2020 ini. Tahun-tahun sebelum ni ada je berlaku. Pertama kali berlaku tahun lepas (2019) dimana buyer tu beli satu carton susu Kurma UHT 200ml dibulan Ramadhan.

Dia kata semua susu dia beli tu berketul2 tapi rasa ok. Saya pula pertama kali dapat kes macam ni. Terus panic!! Apa??!! Satu carton berketul2?? Hishh.. macam mana nih... Saya punya lah nk jaga ati buyer, saya kata tak pe puan, sy ganti yang baru. Tak terfikir nak tanya HD. Bila dah ganti baru masih berlaku tapi tak semua lah. Pastu baru datang idea nak tanya HD sebab yerlah tak akan asal berketul nak ganti. Rasa tak basi tapi setakay berketul je. Jawapan HD, susu tu tak rosak pun. Dia berketul sebab susu FF ni pekat. Sebab tu kena shake well before use. Lerr.. abes tu slama ni den dah rugi bercarton2 lah menggantikan susu tak rosak?? MasyaAllah... Tapi takpe. Bagi saya, biar saya rugi macam ni dari nama baik saya jadi busuk hanya kerana susu. InsyaAllah rezeki Allah nak bagi yang lain plak kot.

So baru-baru ni saya COD susu kepada seorang buyer lelaki di kawasan perumahan. Bulan puasa baru ni lah dia beli 12 kotak susu kurma 200ml. Dia lambat buka kot sebab nk dekat2 raya dia telegram saya benda yang samalah. Susu Kurma dia pekat berketul. Saya reply, saya bagitau selalunya berketul tu normal selagi rasa tak masam. Tapi saya ok je kalau dia nak saya ganti yang baru. Dia xreply. Semalam baru baru dia reply. Punyalah lama.. πŸ˜…πŸ˜…

Dia bagi saya video Susu Kurma tu dia tuang dalam cawan. Mak oii. memang pokat susu ae.. hihi. Kalau saya pun tak lalu nk minum. Sebab saya jenis malas nak berkonflik, saya offer dia saya gantikan yang baru. Dia jawab dia ok je susu mcm tu cuma anak dia la xlalu nk minum. saya jawab lagi, xpe saya akan gantikan yang baru minggu depan. Dia balas, kata tak rugi ke saya ganti sebab susu tak rosak. saya kata untung ke rugi ke itu urusan saya. Yang penting buyer saya puas hati dengan servis after sales saya.

Apa yang saya nak bagitahu kat sini, kalau tuan puan berurusan dengan saya, insyaAllah saya jenis tak banyak kerenah birokrasi. Walapun saya penjual, saya juga adalah pembeli. Saya sendiri akan kecewa dan marah kalau barang yang saya dapat tak seperti yang diharapkan. Dan kemarahan saya berganda jika seller tak bertanggungjawab. Jadi kalau saya tak suka seller buat saya macam tu, saya pun mesti jaga hati buyer saya supaya takde rasa marah kepada saya. Dapat tangkap tak ayat saya nih.. ahaha.. Cam berbelit plak πŸ˜…

Kesimpulannya kat sini, saya jenis malas nak berkira dengan buyer. Sebab saya percaya dengan rezeki Allah. Rezeki tak pernah salah alamat. InsyaAllah kalau rugi setakat RM 30, RM 60 saya yakin Allah akan balas berganda lagi, kalau bukan pada saya mgkin pergi pada suami atau anak-anak saya. 

Jujurlah semasa berniaga.. πŸ’“
 
 


Emy
BisnesComelSaya (FB Page)
AgenFarmFreshPajam

10 comments:

  1. Terbaik lah puan..semoga makin murah rezeki..��

    ReplyDelete
  2. Saya suka cafe latte Farm Fresh. Jual ye. Berapa sekotak?

    ReplyDelete
  3. Latte uht 200ml, 1kotak rm3, 1karton rm60

    ReplyDelete
  4. Trima kasih. Selamat hari raya. Done follow blog anda😊

    ReplyDelete
  5. Iya ka elok? Saya baru kena..saja search google...

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok x elok tu bergantung juga. sbb byk punca kenapa susu berketul. selagi rasa x masam, ia masih selamat diminum

      Delete
  6. Kalau nk bagi hilang rasa pekat dn berketul tu ada cara Tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya sy shake2 jer. tp xmembantu sgt pun. letak ais, blend. setel. hehe

      Delete