Alhamdulillah.. Sekali lagi raya kami ceria tahun ini insyaAllah.. Sebab apa ceria? Sebab dapat beli semuanya baru from top to toe.. Asalnya baju raya kami suami isteri nk recycle je baju lama, tapi nampak cantik plak baju Ayda Jebat tu, kaler merah, trus kata kat asben, kita xpenah lagi Raya baju merah, kan.... Hihihi 😉😉😉
Ok.. Sebenarnya baju raya ni kami dh stat beli masa cuti wesak ritu. Masa tu Wilayah cuti tapi negeri sembilan tak. So kami suami isteri keje kt wilayah, anak2 skolah kt nismilan. Makanya xdpt la beli baju raya anak abes masa tu.. Dan kebetulan masa tu anak kedua kami mc demam so kami bawak g Sogo utk beli baju dia seorg je dulu.. Sebelum g Sogo kami g LHDN seremban jap, 'serah diri' konon, rupanya akaun LHDN sy Ambank dh buatkan 10taun yg lalu.. Hihi..
Masa g Sogo cuti wesak tu, kami abes RM300 lebih kurang. Beli 4pasang baju (kemeja, tshirt partner ngn suar), 2pasang baju tdo dan selai tshirt sahaja. RM300.00 ni utk sorg anak yg ikut td lah. Afiy nama dia. Anak kedua kami. Xpelah sbb bajet kami sorg anak RM500 (3 org ank = RM1,500. 00).
Td pegi lagi Sogo, beli untuk anak 1 (Aqil) & no. 3 (Adib) juga top up lg 2lai tshirt Afiy. Abes RM1,100.70. Balik dari Sogo kami singgah Jakel Bangi tepi hiway tu utk beli baju melayu anak2 asalnya. Tapi bila kuar dari Jakel, baju melayu Daddy dan baju kurung moden mami pun terbeli jugakk... Lebur RM740.00.
Ok.. Total blnja kami untuk pakaian Raya sahaja lebih kurang RM2,000. 00. Dasyat, kan..? Gila boros.. Bak kata kawan2 kt FB, caragaya org have2 berbelanja... Ade juga buat ayat membandingkn cara berjimat berbanding kami. Konon cam nk kata diorg belanja lg berhemah lah.. Xkisah lah.. Kedudukan ekonomi kita xsama.. 😉😉
Sebenarnya kann..... Kami ni bukan boros.. Kami berbelanja pakaian mmg setaun sekali. Sib baik ada raya, kalau xde raya, xberbaju baru la kami sekeluarga. Kami bukan beli baju untuk raya semata2 tapi untuk digunakan selepas raya sebagai baju hari2.. Nampak x dua dalam Satu.
Kemudian, kami bukan orang hado2.. Kami nan hado. Kami biasa2 je. Gaji kami suami isteri sebagai Penolong Pegawai di jabatan2 kerajaan alhamdulillah cukup makan minum pakai. Tp untuk berbelanja besar dalam satu2 masa mmg kami xmampu.
Kami MENABUNG. Menabung untuk target jangka pendek. Satu tahun dan setiap tahun.
Segalanya bermula selepas selesai menyambut Aidilfitri tahun 2015. Masa tu ank dh 3org. Mmg termenung tgk baki duit yg ada untuk survive sehingga gaji bulan akan dtg.. Tau2 je la, masa dpt gaji awal, dpt duit ehsan syawal seronok bershoping sampai lupa dunia. Dh la ank2 lelaki baju xbyk pesen tp mahal. Kemudian di satu hari yg hening, saya suarakn cadangan menabung duit untuk baju raya anak2 tahun 2016. Saya ckp kt suami kalau tak menabung, setiap kali raya, seksa kita bang. Kita kumpul sorg RM50 nak? Maknanya sebulan RM100.00 jumlahnya, kita tabung stat gaji yg akan dtg ni smpai gaji terakhir sblm cuti raya. Jadi kita ada 12bulan dan maknanya kita ada RM1,200. 00 untuk keperluan raya. Suami setuju. Dan saya diamanahkn utk jadi bendahari.
Saya kalau bab2 duit ni sgt disiplin.. Sebab pada saya, sebab duit boleh jadi sayang dan sebab duit juga boleh melayang.. Heheh.. Jadi saya xsuka melayang. Saya suka disayangi. Maka dgn itu, bermula jurney menabung raya kami.. Mmg seronok disaat shopping2 raya sbb kami boleh beli baju anak2 tanpa kacau gaji dan bonus kami. Abes raya 2016, kami tabung lagi untuk raya 2017 dan sambung lg utk raya 2018.
Selepas raya 2018, kami revise perbelanjaan, sy cadangkan bermula gaji pertama selepas raya, kita upkn tabung jd RM100 seorg. Sebulan RM200.. Setaun jd RM2,400.00. Memula suami xsetuju. Saya cakap, ank semakin besar. Makin besar anak, makin mahal harga baju. Nak plak ekonomi negara ntah apa2 skrg, bukan nya harga nak turun.. Jadi untuk kesenangan kita jugak, baik lah kumpul sorg RM100.00. Ada baki leh beli baju raya kita jugak. Akhirnya suami setuju. Dan bermulalah jurney kami menabung RM100. 00 seorg.
Dan minggu ni, hasil tabungan telah kami tuai.
Dengan RM2,400. 00, kami boleh beli apa sahaja yg dirancang. Xpening2 nk bukak kalkulator. Cukup ke xcukup ek... Apa yg anak berkenan, amiklah.. Nampak x, bukan senang nak senang. Berakit2 ke hulu, berenang2 ketepian, bersakit2 dulu, skrg kami dh senang masa nk beli keperluan raya. Xde istilah org have2.. Kami cam korg jugak... Keje makan gaji bulan2.. Tapi sebab kami sepakat menabung dan alhamdulillah saya dpt pegang amanah sebaiknya, tak tiris tabung kami.
Jadi kpd kawan2 yg baca crita ringkas saya ni, kalau rasa bermanfaat, boleh bincang dengan pasangan.. Benda boleh bincang, apa nk gaduh2. Mmg sakit nk pejam mata, RM100 jgn usik tp at the end, syukur Ya Allah....
So jemput LIkE dan Follow FB Page saya :
BISNES COMEL SAYA
Salam sayang, selamat berpuasa dan selamat hari raya 1440H
Great post, you have pointed out some excellent points, I as well believe this is a very superb website. This is Pictame Online Instagram User Posts and Story web viewer.
ReplyDelete